fbpx

Pertahan hak Israel merupakan satu penghinaan – Hishammuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar ucapan Hishammuddin berkenaan konflik Palestin-Israel di laman Instagramnya

PETALING JAYA – Tindakan sesetengah negara yang membela hak Israel untuk mempertahankan diri merupakan satu bentuk penghinaan terhadap rakyat negara Palestin dan juga umat Islam di seluruh dunia.

Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, negara-negara tersebut ibarat tidak mempedulikan nasib rakyat Palestin yang telah dijajah lebih 50 tahun.

“Kebenarannya, rakyat Palestin ialah mangsa di sini. Tidak ada orang lain yang lebih menderita dibandingkan dengan rakyat Palestin akibat tindakan kurang ajar Israel.

“Setakat ini, semakin banyak rumah dirobohkan. Semakin banyak kematian berlaku dan semakin banyak penderitaan menimpa rakyat Palestin,” katanya menerusi sebuah video di laman Instagram beliau, Rabu lalu.

Tambahnya, apa yang berlaku adalah melampau dan merupakan satu jenayah terhadap kemanusiaan.

Terdahulu, media melaporkan, Hamas melancarkan serangan roket besar ke tengah Israel pada pukul 3.30 petang (waktu tempatan), Selasa lalu, termasuk di bandar utamanya, Tel Aviv di mana dua orang disahkan maut. Serangan kedua pula menyusul kurang 20 minit kemudian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI