fbpx

Bintang Arsenal secara terbuka sokong Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR profil Instagram Elneny telah ditukar kepada bendera Palestin.

LONDON – Bintang tengah Arsenal, Mohamed Elneny secara terbuka menunjukkan sokongannya kepada Palestin dalam konflik berterusan mereka dengan Israel ketika ini.

Eleneny yang merupakan pemain kelahiran Mesir itu menukar gambar profil Instagramnya dengan meletakkan gambar bendera Palestin.
Ia berlaku beberapa hari selepas rakan sepasukan Oleksandr Zinchenko menyatakan sokongan terhadap Israel.

Arsenal sebelum ini juga telah memberi amaran kepada Elneny selepas pemain itu menyatak pendirianya yang pro-Palestin pada tahun 2021.

Pemain antarabangsa Mesir berusia 31 tahun itu sebelum ini pernah menyiarkan mesej sokongan untuk Palestin pada tahun 2021 dengan tweet;

“Hati saya, jiwa saya dan sokongan saya untuk anda Palestin sambil disertakan dengan gambar Palestin dan emoji keamanan.

Pada masa sama, Arsenal mengesahkan bahawa mereka sudah bercakap dengan Elneny tentang implikasi lebih besar berlaku daripada siaran media sosialnya yang pro-Palestin hingga menimbulkan kebimbangan daripada penaja kelab Lavazza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI