fbpx

MYAirline bertanggungjawab buat bayaran balik – Mavcom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – MYAirline bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik kepada pengguna yang telah membeli tiket dengan syarikat penerbangan tersebut tetapi tidak dapat meneruskan penerbangan, menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).

Katanya dalam satu kenyataan, MYAirline telah diarahkan supaya segera membantu para pengguna terjejas, antara lainnya termasuklah dengan memaklumkan kepada mereka mengenai penggantungan operasi tersebut.

“MYAirline juga telah diarahkan oleh Suruhanjaya untuk segera menghentikan penjualan dan tempahan tiket penerbangan di semua platform tempahan sehingga notis lanjut diberikan.

“Di samping itu, Mavcom juga sedang menjalankan siasatan ke atas syarikat penerbangan tersebut berdasarkan pelaksanaan semakan dalaman serta aduan yang telah diterima berkenaan pembayaran statutori yang tidak dijelaskan kepada para pekerja MYAirline, antara lainnya.

“Mavcom akan memaklumkan sebarang perkembangan lanjut mengenai operasi MYAirline dalam masa terdekat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI