Syafiq yang merupakan anak kedua kepada penyanyi veteran Datuk ND Lala itu yang enggan mengambil kisah urusan kakaknya dan berharap dapat memberikan hak rumah tersebut kepada emaknya, Fauziah Sarman tanpa perlu menjual.
Kami sudah tidak harapkan apa-apa daripada dia. Ada sahaja pilihan untuk dia tukar nama rumah kepada nama mak, jadi kami boleh selesaikan sendiri.
“Mesti ada sebab dia tidak tukar nama kerana tahu kediaman ini boleh datangkan duit. Mungkin nilainya RM2.5 juta sekarang,” katanya penuh amarah dalam siaran langsung TikTok hari ini.
Sementara itu, Syafiq atau nama lengkapnya Amir Syafiq menyangkal kenyataan pelantun lagu Patah Seribu itu membeli kediaman mereka.
Apa-apa pun tanya mak dulu. Kalau dia tidak mahu, jangan jual lagi rumah pusaka ini.
“Ramai orang dengar sebelah pihak sahaja dan ingat dia yang tersakiti. Seolah-olah mangsa keadaan kena tanggung semua. Bukan!
Bapa beli rumah tersebut dan gunakan nama awak sahaja. Dia cepat-cepat habis bayar supaya tidak mahu berhutang lama,” ujarnya lagi.
Bengang dengan kenyataan kakaknya, Syafiq, 30, memohon Shila uruskan keluarga baharunya.
“Kalau rasa beban tidak mahu bertanggungjawab dan berkira dengan keluarga, tukar nama rumah kepada nama mak.
“Tidak perlu ambil tahu mengenai kami. Buat hal awak dan berbahagialah dengan suami tercinta,” tuturnya.
Dalam masa sama, adik perempuan Shila iaitu Syada Amzah turut bersuara memaklumkan bahawa kediaman mereka sudah habis bayar beberapa tahun selepas dibeli.
“Kami tiada masalah. Rumah ini sudah selesai bayar selepas lima tahun kami duduki,” kata Syada.
Sejak semalam, media sosial kecoh apabila Syada memuat naik status mempersoalkan rumah yang didiaminya bersama ibu mahu dijual.
Dia turut meluahkan kekecewaan apabila menyamakan situasinya seperti haiwan jalanan yang tidak mempunyai rumah.
Bagaimanapun, Shila tampil membidas kenyataan Syada dan berharap dapat menyimpan rapi urusan dalam kain. – KOSMO! ONLINE