fbpx

Ibu tuntut keadilan dakwa anak meninggal dunia akibat kecuaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian tersebut di laman sosial yang tular ketika ini.

PETALING JAYA – Luluh hati seorang ibu apabila anaknya yang baru berusia sembilan tahun meninggal dunia yang didakwa berlaku akibat kecuaian sebuah hospital di Johor Bahru.

Pengalaman ini diceritakan oleh Suzie Shariff di TikTok, yang telah mengundang perhatian pengguna sosial media.

Menurut Suzie, selepas anaknya diberikan ubat antibiotik, tangannya mula bengkak dan mengalami kesukaran bernafas.

“Doktor cakap akan hentikan ubat antibiotik itu dalam masa 24 jam tapi ia tidak berlaku.

“Rekod yang diberikan oleh pihak atasan juga bercanggah dengan apa yang telah terjadi,” jelas Suzie.

Menurut Suzie, selama tiga bukan dia cuba reda tetapi kali ini cerita mengenai anaknya naik semula kerana doktor mahu menemuinya.

“Doakan mummy kuat untuk mengetahui segalanya,” kongsi Suzie.

Sebahagian besar netizen memberi sokongan penuh kepada wanita terbabit untuk menuntut keadilan untuk anaknya.

“Tolong lawan kes anak puan ini, alergik ubat tidak boleh buat main. Sila tanya soalan yg bertubi kepada pihak hospital,” komen Nur Farhana.

“Bukan tidak redha, tapi cuainya pihak hospital. Dah tahu alergik tetap juga teruskan sebab nak buat ujikaji. Kenapa kejam sangat,” tambah Atykah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI