PETALING JAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Kelantan selama dua minggu bermula 21 November hingga 6 Disember 2020 berikutan peningkatan kes Covid-19.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengumumkan PKPB di Kedah ditamatkan mulai esok, kecuali bagi daerah Kulim dan PKPB akan ditamatkan di seluruh Terengganu dan Melaka ditamatkan pada 21 November.
“PKPB di Johor juga ditamatkan bermula tengah malam ini kecuali Kota Tinggi dan Mersing.
“Bagaimanapun, seluruh negeri Kelantan akan dikenakan PKPB mulai esok sehingga 6 Disember,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Anjung Teduh Felda Sahabat Lahad Datu Sabah ditamatkan hari ini. -K! ONLINE