fbpx

Biar orang buat kita, jangan kita buat orang – Sophia Albarakbah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOPHIA ALBARAKBAH

PETALING JAYA – Enggan membalas setiap perkara jahat yang dilemparkan terhadapnya, itu pendirian yang dipraktikkan aktres Sophia Albarakbah ketika dirinya sekali lagi dilanda kontroversi berkait dengan rumah tangga pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah.

Tidak mengulas mahupun melenting dengan lambakan cerita sensasi berhubung kehadiran ke konsert All Stars Gegar Vaganza (GV10) pada Ahad lalu sejak semalam, pelakon berusia 30 tahun itu memilih untuk membiarkan sahaja individu lain mengatakan hal tidak baik terhadapnya tanpa membalas semula.

“Biar orang buat kita, jangan kita buat orang,” katanya ringkas dalam satu perkongsian InstaStory hari ini.

TANGKAP layar Sophia Albarakbah berhubung alasan utama dia hadir ke konsert mingguan GV10.

Selain itu, dia turut mengulang siar beberapa hantaran yang dimuat naik kelab peminatnya iaitu SophiaalbarakbahFC yang memaparkan foto-fotonya ketika hadir pada malam konsert minggu ketiga GV10 baru-baru ini.

“Jadi, bila tiada penggambaran, memang saya akan bekerja sambilan sebagai pengurus Aisha Retno,” selorohnya dalam sebuah InstaStory berbeza.

Sejak kelmarin, nama Sophia menjadi topik hangat apabila muncul di konsert GV10 yang berlangsung di Dewan Auditorium MBSA pada Ahad lalu.

Kata Sophia, dia hadir bagi menemmani dan memberi sokongan kepada sepupunya iaitu Aisha Retno yang membuat persembahan dalam segmen GV Live+.

Sophia juga menjelaskan dia beredar dari dewan selepas persembahan Liza Hanim dan bukannya Aliff. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI