fbpx

Tiada siapa kena halau, rumah atas nama saya – Shila Amzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHILA AMZAH

PETALING JAYA – Penyanyi Shila Amzah menafikan dakwaan menghalau keluarga dari rumah banglo mewah miliknya seperti didakwa darah dagingnya, Syada Amzah semalam.

Menurut Shila, 33, dia tidak langsung mempunyai niat mengabaikan keluarganya sebaliknya ingin mencari kediaman yang lebih sesuai dan mudah dijaga berbanding sekarang.

Jelasnya, banglo tujuh bilik tidur, tiga ‘rumah’ kucing dan bersaiz 9,000 kaki persegi itu hanya didiami oleh lima orang ahli keluarga iaitu ibunya, Fauziah Sarman dan empat adik-beradiknya yang lain termasuk abangnya, Syahir dan Syada.

“Rumah yang keluarga diami itu adalah atas nama saya. Jangan risau, tiada siapa yang kenal halau.

“Saya pikul tanggungjawab menjadi ketua keluarga ketika ini dan nak jual rumah itu supaya boleh beli rumah yang lebih baik untuk mereka diami,” katanya ketika membuat siaran langsung TikTok semalam.

Tambah pelantun lagu Patah Seribu itu, rumah tersebut juga ‘dipenuhi’ dengan pelbagai memori pahit keluarganya dan itu antara sebab dia ingin mencari kediaman lain.

“Rumah itu penuh dengan elemen kehidupan lalu kurang elok ditambah kisah silam yang mungkin kita tak mahu ingat. Apabila ibu bapa bercerai, rumah itu ada kenangan yang tak baik,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Shila juga menjelaskan dia akan mencari rumah sewa untuk keluarganya dalam tempoh terdekat.

“Jangan risau, saya akan cari rumah sewa untuk keluarga saya.

“Saya sedang mencari kondominium untuk ibu dan adik-adik diami yang lebih selamat serta mudah untuk dijaga,” jelasnya.

Tegas dengan keputusannya, bekas peserta Gegar Vaganza musim kesembilan itu akan menggunakan kuasa veto dalam hal tersebut selain menganggap dirinya sebagai ketua keluarga selama ini.

“Tidak ada perbicangan antara kami sebab yang perlu menjaga rumah itu adalah saya juga.

“Kenapa saya yang bersalah sedangkan hanya nak beri yang terbaik untuk keluarga.

“Saya sudah jadi ketua keluarga sebab tak ada orang nak pikul tanggungjawab ini. Daripada biarkan rumah tak dijaga, lebih baik jual tetapi masing-masing buat saya nampak jahat,” tuturnya.

Sejak semalam, media sosial kecoh apabila Syada memuat naik status mempersoalkan rumah yang didiaminya bersama ibu mahu dijual.

Dia turut meluahkan kekecewaan apabila menyamakan situasinya seperti haiwan jalanan yang tidak mempunyai rumah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI