fbpx

Mahkamah: Tuntutan palsu lebih RM22 juta, pemilik syarikat mengimport beras didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak mahkamah ketika hadir di sebuah hospital di Klang bagi pendakwaan terhadap tertuduh hari ini. Foto SPRM

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik syarikat mengimport beras dan rempah ratus didakwa atas tiga pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bagi projek membekalkan produk beras kepada Kedah Agro Holding Bhd berjumlah RM22.7 juta, enam tahun lalu.

Bagaimanapun tertuduh C.Kuganeswaran, 37, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Rozina Ayob.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan di sebuah hospital di Klang, di mana Kuganeswaran sedang menerima rawatan.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, Kuganeswaran memberi tiga set dokumen tuntutan palsu kepada seorang ejen SME Development Bank Malaysia Berhad mengenai pembiayaan ‘Commodity Murabahah Term Financing- I Facility/ Commodity Murabahah Revolving Financing- i Facility (CRMF-i– III) bagi projek membekalkan produk beras kepada Kedah Agro Holding Bhd. yang kesemuanya berjumlah RM22,760,000, yang mana pembekalan tersebut tidak dilakukan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat SME Development Bank Malaysia Berhad masing-masing pada 27 Januari, 1 dan 14 Mac 2017, mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun serta denda lima kali ganda nilai yang palsu atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd.’ Afif Ali manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Abu Bakar Isa Ramat.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM60,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah selain tertuduh melapor diri di pejabat SPRM berdekatan sekali setiap bulan.

Tarikh 23 November ini ditetapkan sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI