fbpx

Kabel elektrik terbakar akibat cuaca panas melampau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai diarah menjauhi lokasi kejadian. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario kabel elektrik yang terbakar didakwa akibat cuaca panas melampau, lapor portal berita Okezone semalam.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @kabar_cijantung dan kejadian itu berlaku berhampiran Hospital Pasar Rebo.

Pengurus Unit Pelaksana Khidmat Pelanggan (UP3) Keramat Jati PLN, Kawasan Metropolitan Jakarta, Aditya Yoga Nughara berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 11.48 pagi (waktu tempatan) 4 Oktober lalu.

Pasukannya segera bertindak bagi menjaga keselamatan orang ramai apabila kebakaran kabel elektrik itu berlaku di Jakarta Timur.

“PLN menghentikan segera kebakaran dengan memotong sementara bekalan elektrik demi keselamatan orang ramai. Bekalan elektrik pulih secara beransur-ansur dua jam selepas itu,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.

Bagaimanapun, PLN masih menyiasat punca kebakaran kabel elektrik itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI