fbpx

Harimau Malaya tidak goyah bersemuka dengan India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ENDRICK (dua dari kanan) bersama rakan-rakan sepasukan mendengar arahan taktikal Pan-gon ketika menjalani latihan menjelang menentang India pada Pestabola Merdeka 2023 di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

PEMAIN naturalisasi kebangsaan, Endrick Dos Santos mengakui pasukan Harimau Malaya kini tidak lagi boleh dipandang ‘enteng’ meskipun bakal berdepan pasukan ran­king ke-102 dunia, India pada aksi Pestabola Merdeka esok.

Menurut Endrick, pasukan negara sudah menunjukkan pe­ningkatan mendadak apabila tidak tewas dalam enam perlawanan antarabangsa yang diharungi sejak Mac lepas dan bersedia untuk memberikan tentangan sengit apabila bertemu India nanti.

Pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berkata, pasukan kebangsaan kini lebih yakin apabila berdepan pasukan kuat terutamanya selepas mendapat sentuhan magis pengendali dari Korea Selatan, Kim Pan-gon.

“Peningkatan prestasi boleh dilihat menerusi beberapa keputusan diraih dalam aksi persahabatan antarabangsa dilalui sepanjang tahun ini serta peningkatan ranking dunia skuad Harimau Malaya.

“Malah, selain corak permai­nan menarik diterapkan, kekuatan karakter adalah asas kepada pasukan ini kerana kita lebih banyak mengawal permainan dan kita lebih faham dengan apa yang dimahukan oleh jurulatih.

“Apabila menentang pasukan kuat pun kita bermain seperti biasa dan tidak goyah. Semua tahu apa yang diperlukan dan saya harap momentum sama dapat dikekalkan nanti,” kata pemain kelahiran Brazil itu.

Selain Endrick, skuad Harimau Malaya turut memanggil dua lagi pemain bertaraf naturalisasi seperti Paulo Josue daripada pasukan KL City dan Sergio Aguero (Sri Pahang).

Harimau Malaya akan menentang India dengan pemenang bakal bertemu Tajikistan yang mendapat ‘bye’ ekoran penarikan diri Palestin dengan semua aksi akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI