fbpx

KKM sedang teliti, kaji 10 jenis vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INFOGRAFIK yang dikongsi KKM mengenai Vaksin Covid-19.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) kini sedang menganalisis 10 jenis vaksin Covid-19 sebelum diluluskan penggunaannya.

Menerusi kenyataan dikongsi laman Facebook KKM, 10 jenis vaksin itu telah memasuki Fasa III kajian klinikal.

“Ia termasuk daripada jenis Viral Vector Vaccine (empat pengeluar), Inactivated Virus Vaccine ( tiga pengeluar), RNA Based Vaccine (dua pengeluar) dan Virus Like Particle Vaccine (satu pengeluar),” katanya.

Katanya, kesemua vaksin itu akan dianalisis untuk melihat aspek keselamatan dan keberkesanan sebelum diluluskan penggunaannya.

Menurutnya lagi, sebelum vaksin didaftarkan, ia perlu dipastikan selamat, berkualiti dan berkesan serta mematuhi keperluan regulatori, piawaian dan garis panduan antarabangsa.

Antara proses pendaftaran vaksin termasuk daripada peringkat permohonan disaring diikuti, penerimaan pendaftaran, penilaian produk, membentangkan penilaian vaksin kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan terakhir adalah menjana nombor pendaftaran vaksin. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI