PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir hampir di seluruh negara, petang ini.
MetMalaysia menerusi Facebook rasminya berkata, antara negeri terlibat adalah Terengganu, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor.
“Ribut petir dan hujan lebat juga dijangka melanda Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
“Turut terlibat kawasan pedalaman di Kelantan, Kedah, Perak dan Pahang,” katanya.
Selain itu, turut diramalkan mengalami ribut petir adalah Sabah di kawasan pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat.
Di Sarawak, kawasan terlibat adalah di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sibu, Kapit, Miri dan Limbang. – KOSMO! ONLINE