fbpx

Gagal manfaatkan Program Bina Kerjaya antara punca lambakan pekerja gig

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
V. Sivakumar (kanan) pada sidang akhbar selepas merasmikan Forum Antarabangsa Pekerjaan Nasional (IPEF) 2023 di KLCC, hari ini. - Foto oleh MOHD FARIZWAN HASBULLAH / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Enggan melepaskan gaji atau upah yang diterima pekerja dalam industri gig, menjadi salah satu faktor Program Bina Kerjaya sukar mencapai matlamatnya.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, ia sekali gus menjadi antara punca lambakan pekerja gig dalam industri berkenaan.

“Kerajaan sudah beri peruntukan sebanyak RM42 juta untuk pekerja tidak formal termasuk pekerja gig sebagai program peningkatan kemahiran (upskilling) golongan tersebut menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Namun lambakan masih berlaku kerana ada di antara mereka menolak selepas diminta hadir ke latihan berkaitan apabila terpaksa melepaskan upah yang mereka peroleh,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Forum Antarabangsa Pekerjaan Nasional (IPEF) 2023, di Kuala Lumpur City Centre (KLCC), hari ini.

Oleh kerana itu beliau berkata, pihak kementerian sedang berbincang tentang mekanisme terbaik bagi mengatasi masalah tersebut.

“Kami sedang pertimbang untuk tambah baik mekanisme Program Bina Kerjaya ni.

“Ia memang trend atau pola yang perlu ditangani sebab dulu kita kurang arif tentang isu berkitan gig ni tetapi setiap hari isu ni kita dengar dan tahu bahawa jumlah pekerja terlibat semakin meningkat kira-kira 1 juta pekerja,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI