fbpx

Projek RM160 juta jambatan PD-Sungai Pelek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk dari Bukit Pelandok, Port Dickson dan Sungai Pelek, Sepang menggunakan perkhidmatan bot penambang yang menghubungkan kedua-dua kawasan. - Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN / KOSMO!

SEREMBAN – Kerja-kerja pembinaan jalan dan jambatan menghubungkan Bukit Pelandok, Port Dickson dan Sungai Pelek, Sepang di Selangor dijangka akan dimulakan tahun hadapan.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pembinaan projek bernilai RM160 juta itu akan dimulakan sebaik sahaja beberapa perkara telah diselesaikan termasuk berkaitan urusan pengambilan tanah termasuk di Selangor.

“Memang bukan mudah untuk siapkan sebuah jambatan kalau tidak disambungkan dengan jalan sedia ada. Tanah ini merupakan milik orang ada kerja-kerja melibatkan negeri lain iaitu Selangor, ada isu tanah, laluan dan jajaran.

“Kelulusan telah ada, namun bukannya ada kelulusan terus buat. Kami harap penduduk di Chuah dapat tunggu sekejap, insya-Allah tahun hadapan saya rasa banyak kerja-kerja boleh dijalankan apabila selesai pengambilan tanah dan persetujuan daripada kerajaan negeri Selangor,” katanya.

Aminuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Infrastruktur, Utiliti dan Kemudahan Awam negeri berkata demikian sewaktu sesi pertanyaan-pertanyaan lisan, Persidangan Kedua (Perasmian) Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-15 hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI