fbpx

Wanita murung dilaporkan hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurain Mohd. Abdul Aziz

PETALING JAYA – Satu kejadian tular di media sosial melaporkan seorang wanita hilang di sekitar kawasan perumahan di Taman Putra Perdana, Puchong, 16 November lalu.

Difahamkan wanita tersebut bernama Nurain Mohd. Abdul Aziz berusia 25 tahun dan memakai baju berwarna kelabu, bertudung warna biru, seluar hitam, memakai kasut sarung hitam serta membawa beg sarung kecik berwarna merah jambu semasa kejadian berlaku.

Bapanya, Mohd. Abdul Aziz Mohd. Khamis berkata, kejadian tersebut berlaku pada 16 November, pukul 10 pagi semasa dia dan isteri tiada di rumah dan hanya disedari oleh adik kepada mangsa.

“Adiknya menelefon saya, tanpa berfikir saya dan isteri bergegas ke rumah untuk mencari Nurain. Jiran juga ada memberitahu nampak kelibat Nurain keluar dari rumah tetapi tidak menyangka dia ingin melarikan diri.

“Setelah hampa tiada sebarang petunjuk saya membuat laporan polis pada 17 November untuk membantu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Jelasnya, Nurain yang sudah mendirikan rumah tangga mengalami kemurungan kerana menjadi mangsa kepada keganasan rumah tangga.

“Sebelum ini dia tinggal bersama suaminya, tetapi sejak bulan Ogos lalu saya meminta izin kepada kelurga di sana untuk mengambilnya kembali dan menjaganya.

“Semasa tempoh rawatan, doktor mengesahkan dia menghadapi kemurungan tahap keempat dan pernah dimasukkan ke Hospital untuk beberapa hari kerana keadaannya yang lemah dan sering pengsan,” jelasnya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang info boleh menghubungi Aziz di talian 017 329 1099.

Kejadian tular hari ini di Facebook Taman Putra Perdana Classifieds (Community), memaparkan soerang pengguna Facebook Sherlly Ales Diana meminta orang ramai tolong menjejaki kakaknya yang hilang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI