fbpx

Amukan Bella, serang Sophia, ‘sound’ Aliff

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEHADIRAN Sophia Albarakbah pada konsert All Stars Gegar Vaganza, Ahad lalu mencetuskan kemarahan pelakon, Bella Astillah yang kemudian bertindak menggelar aktres itu penipu dan menyindir suaminya, Allif Aziz.

PETALING JAYA – Seakan-akan dendam tidak berkesudahan, kenyataan aktres, Sophia AlBarakbah berhubung kehadirannya ke konsert All Stars Gegar Vaganza pada Ahad lalu ternyata mencetuskan kemarahan pelakon, Bella Astillah yang merupakan isteri kepada penyanyi, Aliff Aziz semalam.

Semuanya gara-gara Bella tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Sophia iaitu mendakwa keluar dari dewan sebelum persembahan Aliff sedangkan tidak sehingga menuduh aktres itu sebagai penipu dan kaki putar belit cerita.

“Ya Allah SWT, masih nak menipu dia masih berada dalam dewan selepas Liza Hanim (buat persembahan).

“Seriuslah dia ini. Sudahlah nama tiada dalam senarai tetamu kemudian selepas Aliff habis menyanyi, dia terus bergerak balik.

“Sudahlah duduk di depan wartawan. Kemudian hendak menipu lagi tetapi tidak hairanlah dia ini sudah biasa menipu dan putar belit,” katanya dalam Instagram semalam.

Tidak terhenti di situ, amukan pemilik nama penuh Dayang Ara Nabellah Awang Astillah berterusan apabila dia menyerang dan menyindir suaminya pula yang membuat kenyataan ‘belum’ berhubung dengan Sophia selepas konsert Ahad lalu.

“Kalau nak tanya mengenai berhubung, belum lagi berhubung tentang apa-apa. Mungkin beliau (Sophia) datang dengan sepupunya, Aisha Retno,” kata pelantun lagu Sayang Sayang itu dalam satu temu bual.

Kenyataan Aliff itu bagi menjawab pertanyaan sama ada dia ada menghubungi Sophia mengenai kehadiran aktres tersebut ke konsert minggu ketiga All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada Ahad lalu.

Tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut, Bella mempertikai mengapa kenyataan Aliff seolah-olah menjaga hati pihak lain (Sophia) sedangkan perasaannya yang harus menjadi keutamaan.

“Belum berhubung lagi? Kenapa akan berhubung ke?

“Kenapa harus jaga hati pihak sana, bukankah sepatutnya jaga hati isteri jauh lebih penting,” kata bintang drama Cinta Belum Tamat Tempoh itu.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan Sophia menafikan dakwaan kehadirannya ke konsert minggu ketiga ASGV pada Ahad lalu adalah untuk memberikan sokongan kepada Aliff.

Menurutnya, kemunculannya pada konsert tersebut adalah bagi menemani sepupunya, penyanyi, Aisha Retno yang membuat persembahan menerusi segmen GV Live +.

Sophia juga berkata, dia pulang selepas persembahan Liza Hanim dan bukannya Aliff yang mendendangkan lagu Kasih milik Hetty Koes Endang malam itu.

Sebelum itu, Kosmo! Online pada Isnin lalu melaporkan Aliff enggan memberi komen tentang kehadiran Sophia kerana bimbang akan timbul spekulasi yang tidak sepatutnya.

Aliff yang mengakui menyedari kehadiran Sophia juga berpendapat setiap individu bebas untuk hadir menyaksikan konsert tersebut yang dianggap sebagai acara terbuka

Mengimbau semula ‘tragedi’ pada Januari lalu, nama Sophia meledak selepas Bella mendakwa pelakon itu menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya dengan Aliff.

Bella turut memuat naik tangkap layar memaparkan aktres itu memohon maaf dan ingin memperbetulkan keadaan berkaitan dakwaan mengganggu keharmonian rumah tangganya.

Aliff dan Bella yang mendirikan rumah tangga pada 2016, kini bahagia bersama sepasang cahaya mata, Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.

Manakala, Sophia pada bulan lalu juga dilaporkan mengakui sudah putus cinta dengan jejaka yang dikenali sebagai Mr. Doctor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI