fbpx

Dew Challenge: Permainan PUBG di dunia realiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MULAI 1 Oktober, peserta yang berminat boleh membeli sebotol Mountain Dew 400 mililiter (ml) dan layari laman web Dew Challenge.

DEW Challenge yang penuh bertenaga kini kembali di pentas nasional dengan sokongan dan kolaborasi sekali lagi bersama rakan kongsinya, Player Unknown’s Battlegrounds atau PUBG.

Menggabungkan aksi terbaik dari dunia maya dan realiti dalam salah satu kejohanan paintball bertemakan PUBG terbesar, acara ini bakal membawa semua elemen yang digemari pemain PUBG ke dunia realiti.

Kejohanan itu bertujuan untuk menarik perhatian golongan muda yang gemar bersukan, pengembaraan dan pemain-pemain PUBG. Para peserta juga dapat merasai pengalaman imersif yang penuh dengan idea unik dan baharu.

Menurut Naib Presiden Pemasaran Etika, Amy Gan, pihaknya sangat teruja untuk menyaksikan Dew Challenge pada tahun ini.

“Ia mewakili komitmen Mountain Dew kepada pelanggan yang ingin menjalani gaya hidup sepenuhnya.

“Kami membawa dunia alam maya ke realiti melalui pengalaman unik supaya para peserta dapat menikmati pengalaman luar biasa.

“Di samping itu, kami juga mahu menggalakkan lebih ramai orang untuk mencabar diri mereka dan menjalani kehidupan yang terbaik serta penuh bertenaga,” ujarnya.

Tambahnya, kejohanan itu adalah kali pertama sebuah jenama dapat melaksanakan aktiviti pada skala besar sebegini.

Amy berkata, ia hanya boleh dilakukan dengan kerjasama rapat daripada pasukan dan rakan kongsi mereka, terutamanya pihak PUBG yang juga berkongsi visi yang sama dan menaruh kepercayaan sepenuhnya dalam cabaran ini.

TEMPOH masa untuk pendaftaran, pencarian harta karun dan trak jelajah akan bermula pada 1 hingga 31 Oktober 2023.

Tempoh masa untuk pendaftaran, pencarian harta karun dan trak jelajah akan bermula pada 1 hingga 31 Oktober 2023.

Disusuli dengan pertandingan antara wilayah yang akan berlangsung pada November dan peringkat akhir pada Disember 2023.

Mulai 1 Oktober, peserta yang berminat boleh membeli sebotol Mountain Dew 400 mililiter (ml) dan layari laman web Dew Challenge di dewchallenge.com.

Selepas itu, masukkan kod unik di bawah penutup botol untuk mendaftar dan menebus hadiah seperti UC Coins, barangan dalam  permainan, cenderamata dan baucar.

Setiap penebusan botol memberikan anda sejumlah Dew Coins yang ditentukan secara rawak dan menyumbang kepada kedudukan leaderboard wilayah mereka.

Pemain-pemain terbaik dari setiap leaderboard akan diberi keutamaan untuk menyertai pusingan peringkat wilayah yang menarik dan bertenaga dengan merangkumi empat wilayah di Malaysia: Utara, Selatan, Tengah dan Malaysia Timur pada bulan November ini.

Dew Challange juga melibatkan aktiviti pencarian harta karun yang mengambil inspirasi daripada permainan maya.

Sama seperti cara pemain mencari senjata, perisai dan bekalan dari lootbox pada permulaan permainan, peserta akan mencari lootbox yang akan memberikan mata tambahan di leaderboard dan banyak lagi sebelum pertandingan bermula.

Lootbox ini akan diisi semula pada setiap hari dan atau selepas satu tempoh masa yang berbeza pada sepanjang hari di cawangan rakan kongsi seperti MBO Cinemas, Morac Go Kart, Chicago Chicken City, Taco Bell dan Dominos di seluruh negara.

Peserta akan menerima pemberitahuan di laman web Dew Challenge mengenai lokasi lootbox yang mana mereka boleh mengimbas kod QR pada lootbox maya dan menebus hadiah untuk meningkatkan kedudukan mereka pada leaderboard.

TRAK jelajah Dew Challenge khas akan membawa keseronokan di pelbagai lokasi seperti universiti, kedai rakan kongsi, pasar malam, pusat komersial dan banyak lagi.

Bagi mereka yang berada di Lembah Klang, trak jelajah Dew Challenge khas akan membawa keseronokan di pelbagai lokasi seperti universiti, kedai rakan kongsi, pasar malam, pusat komersial dan banyak lagi.

Untuk menebus barangan eksklusif dan produk, pelawat boleh mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti yang mengambil inspirasi dari PUBG seperti mesin layan diri Mountain Dew x PUBG khas, galeri menembak yang imersif dan sesi gaming jam yang akan menyediakan pelbagai hadiah lain untuk dimenangi.

Selain itu, sebagai penaja telefon pintar rasmi untuk Dew Challenge pada tahun ini, HONOR Malaysia akan turut menaja 110 hadiah menarik untuk para peserta.

Untuk maklumat lanjut mengenai kejohanan tersebut, sila layari laman web Dew Challenge di dewchallenge.com dan Facebook rasmi Mountain Dew Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI