fbpx

Mukhairi sedia rebut peluang kesebelasan utama Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUKHAIRI memasang tekad untuk menampilkan aksi terbaik agar terpilih dalam skuad utama skuad Harimau Malaya pada Pestabola Merdeka 2023.

TONGGAK tengah kebangsaan, Mukhairi Ajmal Mahadi tekad untuk menggunakan peluang ber­aksi di Pestabola Merdeka 2023 sebagai medan untuk diserapkan dalam senarai akhir skuad ke Piala Asia 2023 di Qatar Januari depan.

Kata Mukhairi, segala keputusan terletak di tangan ketua jurulatih, Kim Pan-gon dan tugas ketika ini ialah memberikan komitmen 100 peratus dengan mempamerkan aksi terbaik sekiranya diberikan peluang turun beraksi bertemu India, Jumaat ini.

“Saya perlu menunjukkan kemampuan dalam setiap perlawanan terlebih dahulu. Semuanya (skuad Piala Asia) terpulang kepada jurulatih, dan saya akan beri yang terbaik untuk diri saya serta pasukan sekiranya diberi peluang untuk ke kejohanan itu.

“Tetapi saya harus buat yang terbaik dahulu di sini untuk tunjukkan bahawa saya layak ke Piala Asia 2023 dan sasaran peribadi, saya harap dapat julang piala bersama skuad senior kebangsaan,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Mengulas lanjut, pemain kelab Selangor FC ini turut mengakui berasa bangga dan gembira kerana terlibat dalam dua pasukan kebangsaan yang layak ke Piala Asia tahun hadapan tetapi fokusnya sekarang hanya mahu membuktikan kemampuan diri­nya kepada barisan kejurulatihan.

“Sesi latihan berjalan dengan baik dan kami dapat adaptasi dengan intensiti yang dikehendaki kerana dalam pasukan ini, semua pemain adalah berkualiti dan sentiasa menyokong satu sama lain.

“Saya rasa bangga kedua-dua pasukan layak ke Piala Asia dan saya bertuah dapat bermain dalam kedua-dua pasukan. Atas sebab itu, saya perlu menjaga pemakanan, pola tidur kerana ini membantu saya untuk kekalkan kecergasan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI