fbpx

Latihan Combat bantu penduduk Rantau Panjang elak jadi korban banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai dan anggota bomba meninjau keadaan Tasik Kwong, Lubok Stol di Rantau Panjang sebelum latihan Combat dijalankan hari ini.

RANTAU PANJANG – Kira-kira 70 penduduk di Lubok Stol di sini diberi pendedahan keselamatan menerusi Latihan Berasaskan Masyarakat (Combat) bagi mengelakkan mereka menjadi korban semasa musim banjir tidak lama lagi.

Penduduk terpilih itu berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun dan mereka tinggal di kawasan yang sering berlaku banjir setiap tahun sehingga perlu berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Anwar Abu Bakar berkata, pendedahan menerusi Combat itu diberikan kepada penduduk agar mereka tidak bimbang apabila banjir melanda kampung selepas mendapat banyak maklumat daripada pihak bomba.

“Kita berharap tiada sebarang kematian sepanjang musim banjir tahun ini selepas sebanyak empat kematian direkodkan pada tahun lalu.

“Sehubungan itu, JBPM Kelantan telah menyusun pelbagai program dan latihan bersama masyarakat agar mereka lebih bersedia apabila kawasan rumah dinaiki air,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Combat di Tasik Kwong, Lubok Stol di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengasas Yayasan Raja Shamri, Raja Shamri Raja Husin.

Mengulas lanjut, Anwar memberitahu, kesemua peserta yang terlibat dalam latihan itu diberi pendedahan keselamatan bagi membolehkan mereka dapat melakukan tindakan pantas semasa banjir.

Katanya, JBPM Kelantan ketika ini memberi tumpuan kepada beberapa daerah yang terjejas banjir seperti Tumpat, Pasir Mas dan Rantau Panjang.

“Taburan hujan tinggi dijangka berlaku bermula November ini. Jadi, penduduk di kawasan rendah disarankan supaya membuat persiapan awal menghadapi segala kemungkinan.

“Kita sudah mempersiapkan semua aset, jentera termasuk anggota bomba untuk kerja-kerja menyelamat mangsa yang terperangkap semasa banjir,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI