fbpx

Sambutan Hari Lahir Taib Mahmud ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Taib Mahmud

KUCHING – Penganjuran semua acara utama bersempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-87 Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud adalah ditangguhkan, kata Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Menerusi satu kenyataan rasmi hari ini, beliau berkata kesemua acara yang dijadualkan pada 13 hingga 15 Oktober ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Bagaimanapun, Mohamad Abu berkata Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-87 Yang di-Pertua Negeri Sarawak itu masih kekal diwartakan pada 14 Oktober ini.

“Tarikh tersebut juga kekal diisytiharkan sebagai cuti umum bagi Sarawak,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI