fbpx

Dewan Rakyat: Negara bakal berdepan hujan lebat bermula bulan ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Kebanyakan kawasan di Malaysia dijangka akan menerima taburan hujan pada paras purata iaitu daripada julat 100mm hingga 500mm pada Oktober ini.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, dalam Fasa Peralihan Monsun ketika ini, negara mengalami kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam
jangka masa yang singkat.

“Dalam bulan November 2023, negara dijangka akan memasuki fasa Monsun Timur Laut yang membawa tiupan angin yang konsisten dari arah Laut China Selatan di antara 20 hingga 30 kilometer per jam.

“Beberapa siri hujan lebat yang menyeluruh juga dijangka akan berlaku terutama di negeri-negeri pantai Timur Semenanjung Malaysia dan Barat Sarawak,” jelasnya ketika sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Tambahnya, Pada bulan Disember 2023, kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia dijangka akan menerima hujan pada purata antara 50mm hingga 900mm.

“Di Sarawak, kebanyakan bahagian dijangka menerima hujan pada paras purata iaitu antara 250mm hingga 600mm.

“Manakala di Sabah, kebanyakan kawasan dijangka menerima hujan pada paras purata iaitu antara 150 mm hingga 300 mm,” jelasnya.

Tambah Nik Nazmi, masih terdapat kemungkinan negara akan mengalami peningkatan suhu sedikit lebih tinggi daripada biasa di beberapa lokasi.

Katanya, peningkatan tetsebut iaitu antara 0.5°C hingga 1.0°C berdasarkan suhu maksimum purata antara 31°C hingga 33°C sekiranya tiada hujan melebihi tujuh hari. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI