fbpx

Berita harimau merayau di Semenchu palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perhilitan Johor menafikan seekor harimau belang di Air Tawar 5, Semenchu, Kota Tinggi sebaliknya mendakwa kejadian itu berlaku di Perak.

JOHOR BAHRU – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor mengesahkan dakwaan terdapat seekor harimau berkeliaran di Air Tawar 5, Semenchu, Kota Tinggi, di sini adalah palsu.

Pengarahnya, Aminuddin Jamin berkata, gambar pak belang yang tular di Facebook itu bukanlah di negeri ini sebaliknya dilaporkan di Perak.

Beliau berkata, gambar harimau dewasa itu dipercayai dirakam pada penghujung Julai lalu.

“Gambar harimau belang itu bukan dirakam di negeri ini sebaliknya di Perak pada penghujung Julai lalu.

“Justeru, saya berharap perkara ini tidak ditularkan hingga menyebabkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat setempat,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas berkaitan maklumat tular berkenaan yang mengundang kebimbangan orang ramai terutama penduduk sekitar kawasan itu.

Terdahulu, tular hantaran di Facebook mengenai penemuan haiwan liar itu di Kota Tinggi.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bimbang dengan keselamatan pekebun serta masyarakat setempat di kawasan itu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI