fbpx

Penghuni apartmen Singapura campak basikal, televisyen ke luar tingkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Insiden itu berlaku di 223A Sumang Lane di Punggol. – Google Maps

SINGAPURA – Seorang lelaki berusia 29 tahun ditahan kerana mencampakkan  basikal, ketuhar gelombang mikro dan televisyen ke luar tingkap sebuah unit apartmen di Punggol, Singapura, lapor portal berita Mothership semalam.

Polis dimaklumkan mengenai insiden di pangsapuri 223A Sumang Lane, Punggol itu kira-kira pukul 5 pagi (waktu tempatan) Jumaat lalu.

Seorang penghuni yang mendiami tingkat tiga blok yang sama memberitahu akhbar Shin Min Daily News bahawa dia terjaga pada pukul 5 pagi (waktu tempatan) selepas terdengar bunyi objek jatuh di atas tanah.

Sejurus melihat ke luar tingkap, dia mendapati terdapat sebuah basikal, pasu dan serpihan kaca di atas tanah.

Sementara itu, akhbar Straits Times melaporkan seorang lelaki ditahan kerana didakwa membuang basikal, ketuhar gelombang mikro dan televisyen keluar dari tingkapnya.

Tiada kecederaan dilaporkan, manakala kes itu masih disiasat. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI