fbpx

Puteri Portugal, Infanta Maria kahwini peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INFANTA Maria dan suaminya, Duarte melangkah keluar dari Biara dan Istana Mafra pada Sabtu lalu. - Lagencia Press/ Backgrid

LISBON, Portugal –  Infanta Maria Francisca de Braganca yang memakai gelaran Duchess of Coimbra,  mendirikan rumahtangga bersama peguam, Duarte de Sousa Araujo Martins dalam perkahwinan diraja Portugal pertama sejak lebih 25 tahun lalu.

Portal berita MailOnline melaporkan, puteri tunggal Duke dan Duchess of Braganza itu bertunang tahun lepas selepas pertama kali bertemu kekasihnya pada 2019.

Selepas majlis perkahwinan berlangsung mewah di Biara dan Istana Mafra pada Sabtu lalu, pasangan itu melangkah keluar bersama-sama untuk menyantuni orang ramai dan peminat mereka.

Beribu-ribu tetamu termasuk kerabat diraja asing hadir semasa perkahwinan mereka.

Pada petang hari sama, sebuah festival dan resepsi koktel diadakan sebelum diakhiri dengan majlis makan malam di rumah Duke dan Duchess Sintra di Lisbon.

Maria dilaporkan memakai dua gaun pengantin bersama  tiara berlian Ratu Ameli pada  majlis perkahwinannya. Gaun itu  direka oleh pereka fesyen, Luzia do Nascimento.

Ia merupakan perkahwinan diraja Portugis pertama dalam tempoh lebih 25 tahun.

Bercakap kepada saluran berita CNN Portugal, Duarte mengakui berhasrat untuk kekal ‘di belakang tabir; manakala isterinya, Maria akan menerajui kehadiran mereka di mata umum.

Pasangan itu juga difahamkan akan berpindah ke London akhir tahun ini. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI