fbpx

Dewan Rakyat: Bantuan segera RM1 juta disalurkan ke Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR – Malaysia akan menyalurkan bantuan sebanyak RM1 juta menerusi Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang dikendalikan Kementerian Luar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemberian bantuan tersebut adalah tindakan segera kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat Palestin.

“Sebagai tanda solidariti saya menyeru Ahli Yang Berhormat yang berada di luar dan dalam dewan ini untuk turut sama-sama menghulurkan sumbangan dalam tabung yang disediakan di luar dewan atas persetujuan Speaker.

“Saya harap tabung itu dapat diisi dan hasil kutipan kita serahkan kepada Kementerian Luar,” katanya ketika menggulung ucapan perkembangan semasa konflik Palestin-Israel melalui Sesi Penerangan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Tambah Ahmad Zahuid, kerajaan Malaysia juga akan menggesa kesemua badan serantau dan antarabangsa untuk mengadakan Sidang Mesyuarat khas dengan kadar segera membabitkan konflik yang sedang dialami rakyat Palestin-Israel ketika ini.

“Sidang Mesyuarat khas itu akan dilakukan secara konsisten dan pada setiap masa, bukan hanya setelah konflik berdarah tercetus, ia akan digerakkan di setiap platform, lapangan, keadaan dan masa,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI