fbpx

Terengganu masih sedang meneliti keperluan ADUN Lantikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Samsuri

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu diterajui Pas masih meneliti keperluan untuk melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan bagi mengimbangi fungsi semak dan imbang dalam pentadbiran ekoran ketiadaan wakil pembangkang.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata,
penelitian dan pertimbangan sedang dilakukan bagi pelantikan tersebut berpandukan kriteria ditetapkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu.

“Kita tidak menolak kemungkinan pelantikan (ADUN Lantikan) malah sedang meneliti keperluannya.

“Berdasarkan undang-undang, empat individu boleh dilantik sebagai ADUN Lantikan Terengganu,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) peringkat Terengganu.

Kosmo! 1 Oktober lalu melaporkan
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan pentadbiran kerajaan negeri agar mencari kaedah terbaik bagi memastikan ketelusan sistem pentadbiran ekoran ketiadaan wakil pembangkang di DUN.

Baginda bertitah, kaedah perlu dicari bagi memastikan sistem pentadbiran kerajaan negeri Terengganu lebih efisien dan telus sebelum sebarang keputusan demi kepentingan kerajaan dan rakyat diputuskan.

Pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN-15) pada 12 Ogos lalu, Perikatan Nasional (PN) dianggotai Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyapu bersih 32 kerusi DUN dipertandingkan di Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI