fbpx

Ular tedung cedera naik ambulans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reptilia itu dibawa ke New Delhi untuk rawatan. - Free Press Journal

NEW DELHI – Seekor ular tedung yang cedera selepas galang besi jatuh menimpanya di sebuah kedai perkakasan dihantar ke New Delhi dengan menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan.

Stesen penyiaran NDTV melaporkan, ular tedung itu ditimpa galang besi kelmarin.

Seorang pekerja terkejut apabila melihat ular tersebut di dalam kedai lalu galang besi yang dipegangnya terlepas daripada tangan dan menimpa reptilia berkenaan. 

Disebabkan kekurangan kemudahan perubatan di daerah Budaun, ia dirujuk ke Pusat SOS Hidupan Liar di New Delhi, kata Pegawai Hutan (DFO), Ashok Kumar.

Menurut Kumar, sukarelawan People for Animals (PFA) membawa ular itu ke Pusat SOS. 

Presiden PFA, Sharma berkata, dua daripada sukarelawannya membawa ular tedung itu ke New Delhi dengan ambulans persendirian dengan kos 5,000 rupee (RM284). 

Apabila ular tedung itu pulih, ia akan dilepaskan ke hutan, tambah Sharma. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI