fbpx

MyAqsa Defenders lancar #IsraelCuak, ajak seluruh rakyat sertai ‘serangan’ di media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster kempen #IsraelCuak yang dikongsi di laman Facebook.

PETALING JAYA – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), MyAqsa Defenders menyeru semua masyarakat di negara ini menggunakan media sosial untuk ‘menyerang’ Israel untuk mengutuk kekejaman tentera Zionis.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Nadir Al-Nuri, serangan itu adalah dengan memuat naik #IsraelCuak di laman media sosial masing-masing.

Jelasnya, tanda pagar itu juga adalah sebahagian daripada gelombang mega yang dilancarkan MyAqsa Defenders bersama puluhan NGO lain yang bersama-sama membela nasib rakyat Palestin.

“Kita ingin menghasilkan gelombang untuk ‘menggegarkan’ Israel dan kami menyeru untuk mana-mana pempengaruh, individu dan perkumpulan yang berani untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin yang ketika ini mempertahankan tanah air mereka dengan sertai gelombang ini.

“Operasi #TaufanAlAqsa yang bermula Sabtu lalu (7 Oktober) telah ‘menggegarkan’ entiti haram Israel dan ayuh kita bersama gegarkan sosial media kita dengan sokongan padu ini!. Kita tunjukkan suara-suara dari Malaysia!,” katanya.

Kata kenyataan itu, gelombang terbabit juga memberikan sokongan moral untuk rakyat Palestin di Gaza, Baitul Maqdis dan seluruh dunia yang ingin kembali secara mulia ke tanah air mereka

“Kita ingin memberikan tekanan kepada entiti haram Israel dan kuncu-kuncunya melalui kuasa media,” ujarnya.

Terdahulu, MyAqsa Defenders berkata, kempen #IsraelCuak itu akan berlangsung selama 100 jam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI