fbpx

Jenayah di Pulau Pinang, Sarawak dan Terengganu meningkat tahun lalu 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Laporan Statistik Jenayah Malaysia 2020 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan nisbah jenayah indeks bagi semua negeri sepanjang tahun lalu mencatatkan penurunan kecuali Pulau Pinang, Sarawak dan Terengganu.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, Pulau Pinang merekodkan peningkatan nisbah jenayah indeks sebanyak 3.7 peratus diikuti Sarawak (4.2 peratus) dan Terengganu (1.3 peratus).

Beliau berkata, tujuh buah negeri lain iaitu Sarawak, Perlis, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Sabah merekodkan nisbah jenayah indeks bawah paras nasional.

“Secara keseluruhan, nisbah jenayah indeks per 100,000 penduduk di Malaysia pada 2019 bertambah baik iaitu 256.6 berbanding 273.5 pada 2018.

“Laporan Statistik Jenayah Malaysia 2020 merangkumi dua jenayah indeks iaitu jenayah kekerasan (bunuh, rogol dan mencederakan) dan jenayah harta benda (pecah rumah dan curi, kecurian kenderaan, curi ragut serta kecurian lain).

“Sepanjang tahun lalu, jenayah rogol meningkat 5.5 peratus dan jenayah mencederakan pula meningkat sebanyak 2.9 peratus,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Mohd. Uzir berkata, jenayah samun dan bunuh pula masing-masing menurun 5.3 peratus dan 4.0 peratus bagi tempoh sama manakala, kes pecah rumah dan curi pula meningkat sebanyak 4.8 peratus.

Beliau berkata, tiga kes jenayah yang lain menurun iaitu kecurian kenderaan, curi ragut dan kecurian lain. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI