fbpx

Pembangkang DUN N. Sembilan beri komitmen bantu majukan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ridzuan Ahmad.

SEREMBAN – Barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di Negeri Sembilan memberikan komitmen untuk membantu kerajaan negeri demi kesejahteraan dan manfaat rakyat.

Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang juga ADUN Gemas, Ridzuan Ahmad berkata, kelima-lima ADUN pembangkang yang ada tidak mahu menjadi wakil rakyat yang sentiasa berbalah namun mahu memberikan keutamaan untuk bersama-sama memainkan peranan dalam kemajuan negeri.

“Kami bukan mahu menjadi yang akan bertekak dalam DUN, kami cuba membantu kerajaan untuk meningkatkan hasil dan meningkatkan pembangunan negeri.

“Ia seperti yang dititahkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir yang mahu Negeri Sembilan menjadi sebuah negeri yang maju,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Persidangan Kedua (Perasmian) Penggal Pertama DUN Negeri Sembilan Yang Ke-15 hari ini.

Pada persidangan itu, Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd. Rahman mengumumkan Ridzuan dilantik sebagai ketua pembangkang bagi sesi DUN Negeri Sembilan
Ke-15.

MK Ibrahim menjelaskan, ia selepas pihaknya menerima notis daripada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menerusi surat kepada Setiausaha DUN bertarikh 25 September berhubung penetapan Ridzuan sebagai ketua pembangkang DUN Negeri Sembilan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI