fbpx

Pestabola Merdeka: Status Palestin jadi tanda tanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Negara Palestin kini dilanda konflik peperangan sejak Sabtu lepas dengan pintu sempadan sudah ditutup. - Gambar hiasan

STATUS penyertaan skuad kebangsaan Palestin pada kejohanan Pestabola Merdeka yang akan membuka tirai rasmi pada Jumaat ini menjadi tanda tanya selepas negara itu dilanda konflik peperangan ketika ini.

Difahamkan, peperangan melibatkan Palestin dan negara haram Israel telah berlaku sejak minggu lalu sehingga menyaksikan pintu sempadan telah ditutup berkuat kuasa serta-merta.

Situasi ini sudah pasti memberi tamparan hebat buat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) andai negara Asia Barat itu menarik diri kerana sukar untuk mencari pasukan pengganti pada saat-saat akhir.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh akaun Football Palestine di aplikasi X, saingan Liga Premier Tebing Barat (WBPL) di negara itu turut ditangguhkan pada minggu lalu.

“Persatuan Bola Sepak Palestine (PFA) telah mengesahkan saingan WBPL dan Liga Gaza tidak akan dilangsungkan susulan konflik peperangan yang melanda ketika ini.

“Aksi persahabatan melibatkan skuad kebangsaan Palestin pada kejohanan Pestabola Merdeka turut menjadi tanda tanya kerana pintu sempadan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Lod sudah ditutup,” kata kenyataan itu.

Palestin yang menduduki ranking ke-97 dunia dijadualkan bertemu dengan Tajikistan di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas negara itu menggantikan Lebanon yang turut menarik diri pada Ogos lepas.

Sementara itu, skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon pula akan berdepan dengan India pada satu lagi aksi dengan pemenang kedua-dua perlawanan bakal berentap di pentas final, Selasa depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI