fbpx

Pelajar KIAS terpaksa ‘ponteng’ kelas, motosikal dicuri ketika solat di masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syamel Aiman dan gambar motosikalnya yang hilang.

PETALING JAYA – Malang menimpa seorang pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) apabila motosikal yang digunakan untuk ke kolej berkenaan hilang dicuri.

Kejadian yang menyayat hati menimpa mangsa, Syamel Aiman Ab Aziz Shamkhari yang juga anak yatim piatu ketika dia singgah untuk solat subuh di sebuah masjid di Kota Bharu, Kelantan.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Irdk Services, Syamel Aiman, 20, merupakan pelajar jurusan Diploma Tahfiz al-Quran Wal Qiraa di KIAS, Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan.

Jelas hantaran itu, mangsa kehilangan ibunya sejak berusia empat tahun, manakala bapanya meninggal dunia tahun lepas.

“Kini dia menumpang kasih dengan ibu tiri yang terpaksa memikul tugas mencari rezeki dengan menjual nasi untuk menyara dia dan adiknya berhampiran kediaman mereka di Jalan Hilir Pasar Bachok.

“Untuk membeli motosikal baharu, ibu tirinya dengan pendapatan yang tidak seberapa belum mempunyai kemampuan lagi,” tulis hantaran itu.

Mengulas lanjut, Irdk Services berkata, buat sementara waktu Syamel Aiman terpaksa menumpang rumah kawannya yang berdekatan dengan kolej berkenaan.

“Allah nak uji saya, saya reda dengan musibah ini. Tentang pengajian saya pula, saya bercadang untuk menumpang di rumah kawan kira-kira 1.5 kilometer dengan kolej.

“Tak la jauh sangat kalau saya berjalan kaki untuk ke kolej. Saya hanya ada satu semester lagi untuk dihabiskan,” kata Syamel kepada Irdk Services. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI