fbpx

Anak masih tidak tahu suami maut dibaham harimau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syahira menunjukkan gambar suaminya, Pisie yang maut dibaham harimau selepas keluar menyumpit seorang diri di Pos Pasik, Gua Musang minggu lalu. Foto oleh AIMUNI TUAN LAH/KOSMO!

GUA MUSANG – Dua anak lelaki Orang Asli yang dibaham harimau di Pos Pasik di sini belum mengetahui kejadian sebenar yang menimpa bapa mereka.

Menurut isteri mangsa, Syahira Hamid, 20, setiap hari dua anaknya Nur Haura Pisie, setahun dan Finka Pisie, dua tahun tercari-cari kelibat bapanya, Pisie Amud, 25.

Katanya, dia sendiri masih trauma dengan kejadian yang berlaku kepada suaminya dan rasa tidak percaya apabila kehilangan suami dalam sekelip mata.

“Keluarga kami masih bersedih dan sukar menerima kenyataan Pisie maut dibaham harimau ketika keluar menyumpit bagi mencari sumber rezeki dan makanan untuk kami sekeluarga.

“Semuanya berlaku dalam sekelip mata, dia keluar petang bagitahu nak keluar menyumpit tupai untuk dijadikan lauk kami sekeluarga. Namun, sehingga keesokan harinya suami tidak pulang ke rumah,” katanya.

Menurut Syahira, kejadian berlaku hanya kira-kira tiga kilometer dari kampung mereka.

Katanya, dia bersama dua anak perempuannya kini tinggal bersama ibu bapanya kerana masih takut dengan kejadian yang berlaku kepada suaminya.

“Saya perlu kuat semangat untuk menjaga dua anak yang masih kecil dan membesarkan mereka sebaik mungkin. Ketika ini keluarga kami masih berkabung dengan kematian suami.

“Nur Haura baru berusia dua tahun dan baru belajar bercakap namun kerap kali memanggil-manggil ayahnya. Arwah juga sangat rapat dengan anak-anak,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan mayat lelaki Orang Asli yang dibaham harimau belang sebelum diseret sejauh 300 meter ke cerun bukit di kawasan kebun kelapa sawit di RPS Pos Pasik di sini Selasa lalu ditemui dalam keadaan mengerikan.

Mangsa, Pisie Amud, 25, dijumpai semalam oleh penduduk Orang Asli dengan keadaan kaki kiri yang telah tiada dan mukanya sudah dalam keadaan tidak sempurna selepas dipercayai dimakan haiwan tersebut.

Selain itu, organ dalaman pada bahagian kepala mangsa juga sudah tiada selain terdapat kecederaan pada bahagian punggungnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI