fbpx

Anggota bomba, pengawal keselamatan maut nahas jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FATULLAH maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan motosikal dan basikal di Kilometer 39.4, Jalan Ipoh-Teluk Intan dekat Mambang Diawan, Kampar semalam.

KAMPAR – Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar antara dua lelaki yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 39.4, Jalan Ipoh-Teluk Intan dekat Mambang Diawan di sini semalam.

Kejadian sekitar pukul 8.20 malam itu mengakibatkan Fatullah Mohammed, 28, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan penunggang basikal, M. Sundravello, 62, cedera parah.

Kedua-dua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, setibanya anggota polis di lokasi kejadian, didapati kedua-dua kenderaan terlibat berada di bahu jalan menghala ke Teluk Intan.

“Mangsa pertama terbaring di tengah jalan manakala warga emas yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu pula terbaring di laluan bertentangan dengan jarak 14 meter.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mereka dibawa ke Unit Forensik Hospital Kampar untuk dibedah siasat,” katanya.

Menurut beliau, punca kemalangan masih dalam siasatan dan kedua-dua kenderaan disita untuk pemeriksaan pihak Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

“Polis sedang mengesan saksi bebas bagi membantu siasatan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Ketua BBP Kampar, Mohd. Hisyam Zakariah berkata, mangsa yang masih bujang bertugas di bahagian operasi sejak setahun lalu.

“Allahyarham tidak bertugas hari ini dan dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Jenazahnya akan dikebumikan di kampung halaman di Kampung Sungai Peria, Kuala Krai, Kelantan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI