fbpx

EPL: Liverpool terus tercicir mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPTEN Brighton, Lewis Dunk (dua dari kiri) muncul wira pasukannya apabila meledak gol kedua untuk ikat Liverpool 2-2. - AFP

LONDON – Liverpool sekali lagi dipalit kecewa selepas membiarkan Brighton pamer kebangkitan dan terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 2-2 di Stadium Amex, sebentar tadi.

Kapten Brighton, Lewis Dunk memusnahkan impian Jurgen Klopp untuk meraikan ulang tahun kelapannya selaku pengurus The Reds dengan kemenangan.

Keputusan ini juga menyaksikan kekecewaan Liverpool berterusan selepas dipalit kontroversi pengadil hingga menyaksikan mereka tewas 2-1 kepada Tottenham Hotspur, 1 Oktober lalu.

Terdahulu, minit ke-21 menyaksikan kesilapan pemain Liverpool pantas dihukum oleh Simon Adigra untuk meletakkan tuan rumah di depan.

Tempoh lima minit terakhir babak pertama jelas berpihak kepada Liverpool yang memperoleh dua gol menerusi Mohamed Salah pada minit ke-40 dan sepakan penalti, minit ke-44.

Sekali pun memiliki peluang lain untuk menambah jaringan, tuah jelas tidak berpihak kepada Liverpool apabila Dunk meledak gol penyamaan pada minit ke-78. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI