fbpx

Liga Super: PDRM FC, Kuching City sama kuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JARINGAN Uche Agba (dua dari kanan) di babak pertama belum cukup buat PDRM FC untuk atasi Kuching City dan terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1. - FB PDRM FC

PETALING JAYA – Aksi PDRM FC dan Kuching City berlangsung penuh drama sebelum kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 di Stadium Majlis Bandaraya petaling Jaya, sebentar tadi.

Selain adegan cemas yang menyaksikan pemain Kuching City, Jimmy Raymond terpaksa dibawa ke hospital, keputusan pengadil perlawanan, Zamzaidi Katimin membatalkan dua jaringan turut mewarnai perlawanan kali ini.

Terdahulu, Uche Agba memastikan babak pertama menjadi milik The Cops ketika membuka jaringan perlawanan pada minit ke-45.

Walaupun jaringan Abu Kamara di awal babak kedua dibatalkan, minit ke-58, peledak utama Kuching City itu berjaya menebus kekecewaan apabila memperoleh jaringan penyamaan.

Bagaimanapun perlawanan terpaksa dihentikan untuk tempoh kira-kira lima minit bagi membolehkan Jimmy diberikan rawatan sebelum pemain itu dibawa menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital selepas bola dilihat terkena mukanya semasa cuba menghalang percubaan pemain lawan.

Pada masa kecederaan, kem PDRM FC ceria apabila Bruno Suzuki berjaya menggegar gawang namun perbincangan semula dengan penjaga garisan menyaksikan Zamzaidi membatalkan jaringan berkenaan selepas mendapati penjaga gol pelawat, Wan Muhammad Azraie Wan Teh terbaring kerana alami kecederaan.

Untuk rekod, kedua-dua pasukan kini sedang berada pada prestasi terbaik dan sedang mengintai peluang untuk mara ke final Piala Cabaran – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI