fbpx

Konsert GV 2023: Azharina nyanyi tak bagus malam ini – Ramli MS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azharina.

SHAH ALAM – Penyanyi yang juga salah seorang peserta All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Azharina Azhar meraih komen kurang baik daripada tiga barisan juri tetap, selepas mendendangkan lagu Sayang Disayang milik Rubiah pada konsert minggu ketiga di Dewan Auditorium MBSA, malam ini.

Menurut Ketua Juri, Datuk Ramli MS, nyanyian bekas juara GV musim ketiga itu tidak mencapai tahap yang sepatutnya.

“Dia menyanyi tidak bagus malam ini. Semasa sesi latihan (rehearsal) lebih baik,” komennya ringkas.

Sementara, seorang lagi juri tetap, Datuk Syafinaz Selamat pula berpendapat Azharina tidak menyampaikan maksud sebenar lagu tersebut menerusi persembahannya.

“Penceritaan perlu ada dan saya rasa interpretasi awak mengenai lagu ini berbeza daripada liriknnya yang berkisarkan tentang kesedihan. Muka awak gembira tetapi lagu ini sebenarnya sedih.

“Suara awak pun sepatutnya boleh bermain dengan lebih banyak lenggok dan teknik,” jelasnya.

Tidak berdiam diri, Azharina menjelaskan jenis suaranya sudah dikurniakan Tuhan tidak boleh diubah lagi.

“Suara saya ini Allah SWT yang kurniakan.

“Selepas saya bertanya dengan orang lama dan belajar daripada mereka yang berpengalaman, lagu ini ialah mengenai kematian seorang kekasih.

“Waktu saya rehearsal, ada yang minta saya longgarkan sedikit cara nyanyian,” jawabnya.

Mengimbau semula, Azharina sebelum ini meraih pujian hebat daripada barisan juri pada konsert minggu kedua ASGV menerusi nyanyian lagu Ayah.

Nyanyiannya itu turut membuatkan ramai penonton termasuk juri tetap, Hetty Koes Endang menitiskan air mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI