fbpx

Tottenham semakin terbang tinggi di bawa Postecoglou

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VAN DE VEN meraikan jaringan kemenangan bersama rakan-rakan sepasukan ketika menewaskan Brentford 1-0 di Stadium Kenilworth Road kelmarin. – SPURS

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspurs, Ange Postecoglou menghamburkan pujian kepada para pemainnya yang memastikan kemenangan 1-0 ke atas Luton Town kelmarin.

Jurulatih itu menganggap kualiti dipamerkan anak-anak buahnya menjadi bukti jelas mereka begitu berazam untuk merubah nasib kelab ke arah lebih baik pada musim ini.

“Saya sentiasa katakan bahawa pemain wajar mendapat kredit dan mereka jelas sentiasa bersaing sesama sendiri. Kamu juga dapat melihat bahawa mereka menjadikan kami sebagai pasukan sukar untuk dihadapi.

“Menariknya, ketahanan dan karakter pemain juga agak bagus. Apa yang dilakukan barisan pemain sekarang adalah mereka mahu mencuba sehabis baik bagi merubah nasib kelab,” katanya.

Terdahulu, walaupun terpaksa bermain 10 orang ekoran kad merah kepada Yves Bissouma, James Maddison menyerlahkan kualitinya apabila mencipta umpanan kepada Micky van de Ven untuk meraih gol tunggal kemenangan buat Spurs.

Keputusan itu juga mengesahkan permulaan cemerlang Spurs yang kini masih belum tewas dalam lapan perlawanan awal, namun Postecoglou sedar cabaran pasti lebih mencabar selepas ini.

“Segalanya baik-baik sahaja setakat ini, kini kami berada dalam bulan Oktober dan masih banyak kerja perlu kami lakukan,” kata Postecoglou. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI