fbpx

Muhammad Daniel, tunang diminta hubungi Bahagian Siasatan Jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daniel dilaporkan sudah pulang ke rumah dalam keadaan selamat, semalam.

SHAH ALAM – Polis meminta seorang lelaki yang didakwa hilang selama empat hari ketika membuat urusan penjualan telefon bimbit sebelum dijumpai selamat, supaya tampil bagi membantu siasatan lanjut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya setakat ini gagal menghubungi atau mengesan keberadaan mangsa dan juga tunangnya.

“Kami meminta mereka segera menghubungi Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan atau balai polis terdekat untuk bantu siasatan.

“Buat masa ini, kami cuma dimaklumkan berkaitan kes orang hilang yang dilaporkan di Balai Brickfields dan mangsa sudah kembali kepada keluarganya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambah Hussien, tiada sebarang laporan kejadian samun atau jenayah lain daripada pihak mangsa.

“Polis sedang usaha berhubung dengan mangsa bagi mengetahui kejadian sebenar yang berlaku.

“Jika ada pengesahan daripada mangsa mengenai sebarang perkara jenayah, pihak IPD Klang Selatan akan membuka kertas siasatan,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Muhammad Daniel dipercayai hilang selepas menjalankan urusan penjualan telefon bimbit, iPhone dengan pelanggan yang tidak dikenali di Pulau Pinang.

Menerusi laman sosial Instagram ibu saudara pemuda tersebut, Eyraswan Ramadan meminta orang ramai membantu mencari anak buahnya itu yang tidak pulang ke kediamannya di Kuala Lumpur sejak 3 Oktober lalu.

Muhammad Daniel dikatakan sempat membuat panggilan video dengan tunangnya untuk meminta tolong sambil berlari dan menangis.

Lelaki itu yang mengalami kecederaan pada kawasan muka serta badan bagaimanapun dijumpai dan dihantar pulang oleh seorang pemandu lori.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid telah mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan mangsa di Balai Polis Pantai, IPD Brickfields, yang dibuat tunang lelaki itu.

Allaudeen dilaporkan berkata, kes itu kemudian dirujuk ke IPD Klang Selatan selepas mangsa dikesan kali terakhir bertemu pelanggannya di pusat beli-belah GM Klang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI