fbpx

Bekas kekasih serang pengantin, lempar tanah liat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai membantu membersihkan pengantin perempuan yang dibaling tanah liat. - KhaoSod

HANOI, Vietnam – Sebuah majlis perkahwinan di Vietnam bertukar huru-hara apabila bekas teman wanita pengantin lelaki membaling tanah liat ke arah pengantin perempuan.

Laman berita Thaiger melaporkan, seorang wanita menceroboh masuk dan melempar tanah liat ke arah pasangan pengantin itu ketika mereka berjalan di hadapan tetamu.

Wanita itu kemudian melarikan diri dari lokasi kejadian sebelum orang ramai bergegas membantu membersihkan pengantin perempuan.

Kejadian itu berlaku di daerah Takhan, wilayah Ha Tinh.

Pengerusi jawatankuasa komuniti tempatan, Chen Ba Huan mendedahkan bahawa wanita yang membaling tanah liat itu adalah bekas teman wanita pengantin lelaki.

Pasangan itu sebelum ini menjalinkan hubungan dan mempunyai seorang anak bersama.

Namun, keluarga pengantin lelaki tidak merestui hubungan mereka. Ia menyebabkan wanita itu marah lalu nekad mengganggu majlis perkahwinan bekas teman lelakinya.

Tambah Chen, pengantin perempuan turut diganggu oleh saudara mara wanita itu dan dimasukkan ke hospital. Polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI