fbpx

McTominay mengamuk lewat di Old Trafford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain United meraikan jaringan kemenangan oleh McTominay ketika menewaskan Brentford 2-1 pada aksi EPL di Old Trafford malam kelmarin.

MANCHESTER – Pemain tengah Manchester United, Scott McTominay dijulang sebagai wira selepas meledak dua gol ketika membantu pasukan bangkit menewaskan Brentford 2-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford malam kelmarin.

Pada perlawanan itu, Brentford hampir pasti untuk membawa pulang tiga mata menerusi jaringan Mathias Jensen pada minit ke-26 sebelum United bangkit hasil dua jaringan McTominay dalam masa kecederaan.

Pengurus United, Erik Ten Hag percaya kemenangan itu boleh menjadi detik kebangkitan The Red Devils selepas mereka mencatat dua kekalahan berturut-turut dalam semua pertandingan sebelum ini.

“Kemenangan ini boleh menjadi pencetus kepada kebangkitan United. Saya fikir perlawanan hari ini (kelmarin) menggambarkan situasi pasukan sejak awal saingan kerana kami berjaya bangkit pada minit-minit akhir.

“Kami perlu percaya pada diri sendiri kerana penyokong sentiasa berada di belakang pasukan. Saya percaya apa yang kami lakukan pada 30 minit terakhir membuahkan hasil kerana berjaya menjaringkan dua gol,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berharap barisan pemainnya dapat mengurangkan kesilapan dalam permainan memandangkan mereka banyak melepaskan gol yang berpunca daripada kesilapan sendiri.

“Saya percaya kami boleh menampilkan aksi lebih baik, namun kami juga perlu kurangkan kesilapan yang memberikan gol kepada pasukan lawan. Apabila anda melepaskan bola dengan mudah, ia beri peluang kepada lawan untuk menyerang,” ujar Ten Hag. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI