fbpx

Luahan pembaca: Siasat siapa sorok beras, bukan salahkan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SAUDARA PENGARANG,

Isu kekurangan dan ketiadaan beras di kedai walaupun negara mengeluarkan 65 peratus beras tempatan memang pelik dan mengejutkan.

Kerajaan kemudian memperkenalkan empat langkah intervensi untuk mengatasi masalah itu.

Antaranya melancarkan Pasukan Petugas Khas Bersepadu Penguatkuasaan Operasi Beras Putih yang memberi fokus kepada pemeriksaan dan penguatkuasaan di kesemua peringkat rantaian pembekakan beras putih tempatan.

Kekurangan beras menimbulkan banyak tanda tanya kerana keluaran yang terhad adalah beras import bukan beras tempatan.

Seperti yang diketahui umum bahawa beras putih tempatan berada di bawah subsidi kerajaan dengan harga kurang dari RM30 untuk 10 kilogram.

Apa yang pelik, beras import hanya 30 peratus dalam pasaran, tetapi 65 peratus beras putih tempatan pula berkurangan. Harganya juga mahal seperti beras import.

Dimanakah silapnya? Ketiadaan beras tidak pernah berlaku dan ia telah mewujudkan pelbagai spekulasi.

Kami berharap kerajaan dapat menjalankan siasatan sebelum menyalahkan rakyat kerana pembelian panik dan sebagainya.

Siasatlah di tempat yang sepatutnya seperti di kilang, pemborong dan peruncit.

Beras Hancur
Temerloh, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI