fbpx

Konflik Palestin-Israel: Briged Al-Qassam seru rakyat Malaysia sokong jihad Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - AFP

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak diseru untuk menyertai jihad bersama Palestin melalui sokongan serta demonstrasi.

Seruan itu dilontarkan Ketua Angkatan Tentera Penentang dan Komander Briged Al-Qassam, Muhammad Al-Deif, menerusi satu klip video yang dimuat naik di media sosial, hari ini.

‎“Wahai saudara kami di Jordan, Lubnan, Mesir, Algeria, Maghribi, di Pakistan, Malaysia, Indonesia dan seluruh negara Arab dan Islam.

‎”Mulakan perjalanan hari ini dan bukan esok, ke arah Palestin. Jangan jadikan sempadan, organisasi, ikatan menghalang kalian daripada jihad dan penyertaan dalam membebaskan Masjidil Aqsa,” katanya.

‎Muhammad Al-Deif berkata, bagi yang tidak mampu menyertai secara penyertaan langsung, maka hendaklah dia menyertai dengan solidariti, demonstrasi dan sokongan.

‎”Keluarlah ke tempat-tempat terbuka dan medan-medan, dan angkatlah panji kebebasan buat Palestin dan al-Aqsa. Isytiharkanlah solidariti secara terbuka untuk menghalang organisasi yang memberikan sokongan kepada penjajah,” ujarnya.

Semalam, media melaporkan pejuang pembebasan Al-Quds dan Briged Al-Qassam Hamas mengisytiharkan serangan balas (operasi Al-Aqsa) terhadap pencerobohan rejim Israel di Palestin.

Ia susulan Israel tidak mengendahkan amaran yang diberikan, sehingga mencemar kesucian Masjid Al-Aqsa dan membunuh ratusan warga Palestin.

Operasi tersebut menyasarkan lapangan terbang dan kubu tentera Israel dengan menggunakan lebih 5,000 peluru berpandu.

Setakat ini, menurut aktivis kemanusiaan Persatuan Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, seramai 256 rakyat Palestin terkorban selain 1,788 orang cedera melibatkan 121 kanak-kanak selepas Israel melancarkan serangan udara sejak semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI