fbpx

MAIPk sedia biasiswa hadapi SPM lebih setengah juta ringgit tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAIPk menyediakan biasiswa berjumlah lebih setengah juta ringgit kepada 545 calon SPM tahun ini.

IPOH – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) menyediakan dana zakat berjumlah RM545,000 kepada 545 pelajar pada tahun ini menerusi Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk 2023.

Majlis penyampaian bantuan tersebut disampaikan ketika Seminar Motivasi ‘Pecutan Akhir SPM 2023’ kepada pelajar Tingkatan Lima tajaan MAIPk tdi Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini semalam.

Majlis penyampaian biasiswa itu telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, Rohizan Omar, kepada 305 pelajar penerima biasiswa baharu Tingkatan Empat dan Lima dari seluruh negeri dengan jumlah dana zakat sebanyak RM305,000.

Menurut Rohizan, seminar Motivasi ‘Pecutan Akhir SPM 2023’ itu telah dihadiri bukan sahaja oleh pelajar malah ibu bapa turut dijemput menjayakan seminar yang dikendalikan oleh Pakar Motivasi, Ahmad Iqmal Jamil dari Transform Motivation and Training.

Beliau berharap usaha MAIPk menyediakan biasiswa dapat membantu dan memastikan golongan yang kurang berkemampuan mendapat pendidikan yang sempurna.

Bahkan, jelasnya, ia juga diharap membantu anak-anak asnaf meningkatkan taraf hidup mereka menerusi pendidikan seterusnya memperolehi kejayaan untuk keluarga mereka pada masa depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI