fbpx

Palestin: 256 mati syahid, 1,788 cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawat perang Israel meletupkan sebuah bank yang terletak di sebelah bangunan kediaman di Al-Nasr, tengah-tengah bandar Gaza. FOTO MEDIA SOSIAL

PETALING JAYA – Seramai 256 rakyat Palestin termasuk 20 kanak-kanak dilaporkan terkorban dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza.

Keadaan terkini itu dimaklumkan aktivis kemanusiaan Persatuan Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman yang menetap di Palestin sejak 2013.

Menurutnya, sejumlah 1,788 rakyat Palestin termasuk 121 turut mengalami kecederaan mengakibatkan beberapa hospital tidak dapat menampung rawatan.

“Selama ini kita menunggu semboyan ditiup dan gendang dipalu. Semalam ia ditiup dan dipalu bertalu-talu. Operasi mereka masuk ke tanah dijajah berjaya dan sekarang musuh sedang mengamuk membalas dendam.

“Keadaan terkini, seramai 256 rakyat Palestin mati syahid, termasuk 20 kanak-kanak manakala 1,788 rakyat cedera dengan pelbagai kecederaan termasuk 121 kanak-kanak.

“Kini giliran kita bertindak memainkan peranan, memastikan makanan mereka cukup dan menyediakan keperluan perubatan,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Semalam, media melaporkan Pejuang pembebasan Al-Quds dan Briged Al-Qassam Hamas mengisytiharkan serangan balas terhadap pencerobohan rejim Israel di Palestin.

Menerusi satu kenyataan, Ketua Angkatan Tentera Penentang dan Briged Al-Qassam, Muhammad Al-Deif berkata, ia susulan Israel tidak mengendahkan amaran yang diberikan, sehingga mencemar kesucian Masjid Al-Aqsa dan membunuh ratusan warga Palestin.

Pejuang pembebasan Palestin itu membuat keputusan untuk menoktahkan segala jenayah yang dilakukan oleh penceroboh Israel dengan memulakan operasi Al-Aqsa (Operation Al-Aqsa Flood).

Operasi tersebut menyasarkan lapangan terbang dan kubu tentera Israel dengan menggunakan lebih 5,000 peluru berpandu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI