fbpx

Kejohanan e-Sports Piala Presiden Putrajaya meriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Fakhrurrozi (kiri) bersama penaja lokasi, Tengku Dato Dr. Hishammuddin Zaizi Tengku Azman Shah Alhaj pada majlis pelancaran semalam.

KEJOHANAN e-Sports Piala Presiden Putrajaya yang dianjurkan selama dua hari bermula semalam cukup meriah setelah berjaya menarik penyertaan seramai 600 orang peserta.

SAINGAN yang mempertandingkan lima permainan video e-Sukan iaitu Mobile Legends Bang Bang (MLBB) kategori terbuka, MLBB kategori tertutup Putrajaya, PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile (PUBGM) kategori terbuka, eFootball Mobile kategori terbuka dan konsol eFootball yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM18,000.

Kejohanan tahunan yang dikelolakan oleh Persatuan Esports Putrajaya yang dianjurkan di pusat beli belah Shaftsbury, Putrajaya telah disertai oleh peminat-peminat e-Sukan seluruh Putrajaya dan juga serata Malaysia.

Presiden e-Sport Putrajaya, Syed Fakhrurrozi Syed Agil berkata, objektif utama penganjuran program ini untuk menjadikan Putrajaya sebagai hub e-Sukan di Wilayah Persekutuan selain untuk mencari bakat-bakat baru dalam e-Sukan untuk mendapat pendedahan di peringkat lebih tinggi.

“Objektif kami menganjurkan program ini adalah untuk mengumpul peminat e-Sukan di Putrajaya sebelum berlangsungnya Hari Sukan Negara yang akan disambut minggu depan.

“Selain itu, kita juga berhajat untuk menjadikan Putrajaya sebagai hab esukan di Wilayah Persekutuan.

“Melalui program ini juga pihak kami akan dapat mencungkil bakat-bakat baru bagi mendapat pendedahan di peringkat lebih tinggi lagi selepas ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI