fbpx

BN menang bukti Kerajaan Perpaduan diterima rakyat – Wanita UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini

PETALING JAYA – Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai hari ini membuktikan formula kerjasama antara parti-parti di dalam Kerajaan Perpaduan diakui dan diterima rakyat.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, kemenangan itu juga membuktikan para pengundi DUN Pelangai mahu kerajaan Pahang yang diterajui Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail terus stabil dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela.

“Wanita UMNO Malaysia mengucapkan tahniah kepada calon BN, Datuk Amizar Abu Adam di atas kemenangan di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai.

“Kemenangan dengan majoriti selesa ini membuktikan para pengundi di DUN Pelangai mahu kerajaan Pahang yang diterajui oleh Wan Rosdy ini terus stabil dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Noraini turut berterima kasih kepada seluruh pengundi DUN Pelangai yang terus memberi sokongan dan kepercayaan kepada calon BN untuk memberikan khidmat bakti kepada rakyat.

“Wanita UMNO Malaysia juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh jentera parti Kerajaan Perpaduan yang telah bertungkus lumus berkempen untuk memastikan kemenangan ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI