fbpx

Tauke ladang kelapa sawit maut, motosikal kemalangan di LPT 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengangkat mayat Mohamad Rizuwan yang maut akibat kemalangan KM 372.1, LPT 2 berhampiran Bukit Besi, Dungun hari ini.

DUNGUN – Seorang pengusaha ladang kelapa sawit maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terbabas di Kilometer 372.1, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Bukit Besi di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 4.30 petang itu, mangsa, Mohamad Rizuwan Mat Nawi, 41, meninggal dunia akibat kecederaan di beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, sewaktu kejadian, mangsa difahamkan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Felda Kerteh 6, Ketengah Jaya di sini dari Kuala Terengganu.

“Motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki Z800 yang ditungganginya dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas sebelum terseret kira-kira 50 meter. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI