fbpx

[TIDAK RASMI] BN menang PRK DUN Pelangai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amizar

BENTONG – Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN berkenaan apabila memperoleh majoriti 2,949 undi.

Dalam pertembungan tiga penjuru, calon BN Datuk Amizar Abu Adam mendapat 7,324 undi; Calon PN, Kasim Samat mendapat 4,375 undi, manakala Calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni mendapat 47 undi.

Kemenangan tidak rasmi itu turut dimaklumkan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam hantaran di akaun Facebook mereka sebentar tadi.

“Terkini…(tidak rasmi, 7.45 malam) BN menang.. syukur, alhamdulillah. Tahniah dan terima kasih kepada semua pimpinan dan jentera parti yang bertungkus lumus membantu. Terima kasih setinggi dan setulusnya kekapda pengundi dan rakyat Pelangai,” kata Ahmad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI